Latar belakang Bisa Aja

"Bisa Aja" menggandingkan beliau dengan dua komposer iaitu Mike Chan dan Ezra Kong. Dengan kekuatan elemen rock dan country pop, beliau turut menampilkan petikan gitar solonya sendiri sebagai memberi jiwa kepada lagu tersebut.

Beliau sengaja memilih judul dan struktur lirik lagu yang menggunakan istilah atau slanga bahasa Indonesia, Faizal sedar sebagai satu bangsa serumpun, perkara tersebut sekali gus boleh mendekatkan pencinta muzik dua negara. Menggunakan konsep lebih santai, Faizal turut menggunakan istilah Indonesia lain seperti ‘mahu bicara’ dan bahasa Inggeris ‘cell phone’ kerana ia lebih sinonim dan digunakan secara meluas di negara tersebut.[2]

Berkaitan